29 Jun 2019 - 17:45
Pandangan Liberal, Pro-LGBT ‘Dipaksa’ Terhadap Masyarakat - Putin

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin pada hari ini menempelak idea berhubung kebebasan seksualiti dan identiti jantina.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin pada hari ini menempelak idea berhubung kebebasan seksualiti dan identiti jantina.

Menurutnya, idea tersebut telah dipaksakan ke atas majoriti yang tidak mahukannya sekaligus mengakibatkan perubahan politik yang ketara seperti pilihan raya A.S yang menyaksikan kebangkitan Donald Trump.

Katanya, liberalisme Barat telah ‘membaham dirinya sendiri’ dan dalam kesempatan itu, beliau turut mempertahankan pengharaman Rusia ke atas apa yang disifatkan sebagai ‘propaganda gay.’ Penekanan itu dibuat selepas kritikan daripada pemuzik terkenal, Elton John.

“Disesetengah negara Eropah, ibu bapa dimaklumkan bahawa pelajar perempuan tidak boleh memakai skirt ke sekolah? Apakah (maksud perkara) ini?

“Terdapat melampaui batas sebenar dan idea liberal itu mula memakan diri,” katanya ketika sidang akhbar pada Sidang Kemuncak G20, hari ini.

Tambahnya, kini terdapat semua jenis perkara dan mereka tampilkan dengan enam atau lima jantina.

“Kalian tidak boleh meletakkan pandangan kalian secara paksa.

“Biarlah seseorang itu membesar, menjadi dewasa dan membuat pilihan siapa dirinya. Jangan libatkan kanak-kanak,” jelasnya. - AFP